Wednesday, April 22, 2015

Nasi Dagang feberet.

Puh Puh Puh
Berabuk betul blog ni, hehe. Mana nak buat setahun sekali jenguk, ini pun kebetulan sebab tak tau nak paste kat mana. Ish2. :'D

Masa belajar teganu dulu, selain nasi kerabu dan keropok lekor...nasi dagang juga menjadi pilihan hati. Nak katanya, setiap kali ke pasar malam 3 makanan ni mesti akan beli. Kurang-kurang wakil salah satunya pun jadi ler kan. Okey, tanpa membuang masa setelah copy dari fb, saya pastekan resepi nasi dagangnya di sini. Heheh, ingat senang ke kopi pasta ni, hehehe. Kredit utk tuan resepi, jzkk. Mari mencuba! ^.^

Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 

Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 

Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
 
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 

Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 
atas.


Friday, January 3, 2014

Adab Ikhtilaf Kita.. Seakan ahli syurga atau sebaliknya?






Pengertian Ikhtilaf

Ikhtilaf adalah lawan dari ittifaq atau kesepakatan.
Dalam kamus Lisanul Arab : Ikhtalafa al-amr in lam yattafiqa – sesuatu perkara disebut ikhtilaf sebelum ia bersatu atau bersepakat. Setiap yang tidak sama biasanya disebut dengan ikhtilaf (perbezaan).
Sedangkan khilaf mempunyai makna lain, iaitu : berlawanan atau bertentangan, dengan kata lain ia lebih khusus dari sekadar berbeza.

Ikhtilaf bagi para ulama juga dimaksudkan sebagaimana asal katanya, iaitu perbezaan. Sebahagian ulama membezakan antara ikhtilaf dan khilaf dengan perincian yang lebih khusus.


Hakikat Ikhtilaf

Setiap perbezaan samada dari segi perbezaan warna kulit, bahasa, hingga ke perbezaan masalah fiqh, aqidah atau keyakinan sekalipun, semua itu adalah sunnah kauniyah yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT atas makhluknya.
Dalam Al-Qur’an Allah SWT berfirman :
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka”(Surah Hud : 118-119)

Namun, perbezaan sebagai satu sunnah kauniyah bukan bererti kita tidak diperintahkan untuk berusaha menghindarinya. Keaadaan ini sebagaimana ada pada kekufuran dan maksiat, yang mana tidak akan menimpa seseorang kecuali atas takdir Allah SWT.

Walaupun begitu, kita semua diperintahkan untuk menghindarinya, kerana pada dua hal tersebut terdapat unsur kehendak (iradah) dan pilihan manusia (ikhtiyari). Bahkan secara umum, para ulama menyatakan bahwa manusia wajib berusaha menghindari sunnah kauniyah yang bersifat buruk (seperti maksiat atau kekufuran).


Jenis Ikhtilaf

Al-Ikhtilaf terbahagi kepada dua, iaitu terpuji (mahmud) dan tercela (madzmum). Ikhtilaf disebut terpuji jika merupakan hasil ijtihad yang berlandaskan niat mencari kebenaran dan memenuhi syarat dan adabnya meskipun hasil ijtihad tersebut keliru.
Dari Amr bin Ash Rasulullah SAW bersabda :
“Jika seorang hakim menghukumi (suatu urusan) kemudian dia berijtihad dan benar maka baginya dua pahala, dan jika ia menghukumi lalu berijtihad kemudian salah, maka baginya satu pahala ” … (HR Bukhori dan Muslim)
Ikhtilaf yang terpuji ini sebagaimana perbezaan yang ada di antara para sahabat dalam masalah fiqh yang cabang. Contoh : hak waris antara datuk dan saudara, jatuhnya talak tiga dalam satu majlis, beberapa masalah riba, dan sebagainya. Begitu juga perbezaan yang ada di antara imam mazhab yang sangat banyak kita dapati dalam kitab fiqh. Maka perbezaan yang terpuji ini merupakan bentuk rahmat dan kelapangan bagi umat manusia.
Adapun bentuk ikhtilaf yang tercela, adalah hasil ijtihad yang keliru kerana ia bukan berlandaskan pada kebenaran, tetapi permusuhan, nafsu, fanatisme dan sikap tercela lainnya. Maka kemudian mereka berusaha menafsirkan, mentakwilkan hal-hal yang sebenarnya sudah disepakati. Bahkan, membuat dalil-dalil baru palsu untuk menguatkan pendapatnya. Ikhtilaf dalam bentuk yang tercela adalah sebagaimana ikhtilaf yang muncul dari fahaman-fahaman tertentu seperti : Syiakh, khawari, mu’tazilah dan sebagainya. Inilah bentuk ikhtilaf yang diisyaratkan dalam sebuah hadits dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
“Dan sesungguhnya umatku akan terpecah menjadi 72 golongan, semuanya di neraka kecuali satu golongan sahaja iaitu al-jamaah “ … ( HR Ibnu Majah)



Sebab –Sebab Ikhtilaf Yang Tercela

Ikhtilaf yang tercela disebabkan oleh banyak hal, antaranya :
1. Al-Baghi ( Pembangkangan)
Ini adalah sebab paling banyak dari ikhtilaf yang tercela, dimana sejarah Islam banyak mencatatkam perbezaan-perbezaan yang berasal dari pembangkangan, dan pembelaan kepentingannya. Seperti : Khawarij, Syiah Rofidhah dan seterusnya.
2. Al-Ghurur Bi an-Nafsi ( Tertipu oleh dirinya sendiri)
Adalah merasa takjub dengan pendapatnya sendiri, merasa sombong dan meremehkan pendapat orang lain. Maka ia tetap pada pendapatnya sendiri meskipun jelas keliru, tanpa mahu mendengarkan pendapat dan pertimbangan dari pihak lain.
3. Suudzhan bil Akharin (Berburuk sangka pada yang lain)
Iaitu melihat kepada yang lain dengan cara pandang negatif, menuduh fahaman orang lain cacat, amal-amal orang lain salah, tujuan-tujuan orang lain adalah buruk. Maka mereka ini sentiasa menuduh dan menrendah-rendahkan orang lain, baik dengan perkataan mahupun perbuatan.
4. Hubbu Adzdzuhur wal Jidal (Suka tebar pesona dan berdebat)
Yang senantiasa menjadi sebab sifat ini adalah dorongan hawa nafsu semata-mata. Maka, ia berbeza pendapat hanya kerana menginginkan populariti, pengakuan dan penghargaan dari yang lainnya. Malahan, mereka berbeza pendapat kerana menyukai perdebatan panjang, pada hal-hal yang tidak sewajarnya.
5. Fanatik dengan pendapat seseorang atau mazhab tertentu
Hal ini telah wujud sejak zaman dulu sehingga kini. Bahkan sampai mengorbankan nyawa atau darah sekalipun. Ibnu Taimiyah mengatakan: ” Barang siapa yang bertaasub kepada salah satu dari para imam mazhab tanpa yang lainnya, maka ia bagaikan bertaasub pada salah seorang sahabat tanpa yang lainnya”. Contoh dalam masalah ini seperti Syiah dengan fanatiknya terhadap para imamnya.

6. Faktor-faktor dari luar
Para musuh-musuh Islam dari Yahudi dan Nasrani sangat mengetahui bahawa kekuatan umat Islam adalah pada persatuannya. Maka, langkah pertama yang diambil dalam rangka menguasai negara muslim adalah dengan memecah-belahkan kaum muslimin di daerah tersebut. Maka mereka pun mempelajari hal-hal dalam ajaran Islam yang boleh djadikan sebab perpecahan, kemudian menokok tambah, menghias, memperbesar dan memwujudkan perbezaan yang semestinya sederhana dan wajar.

Syaikh Al-Utsaimin Rahimahullah menjelaskan beberapa sebab terjadinya ikhtilaf dalam kalangan para ulama (imam) yang meliputi beberapa hal:
1. Nas atau dalil dalam suatu masalah tidak sampai seseorang (baca: ulama)
2. Hadis (dalil) telah sampai kepada seseorang yang kebetulan keliru dalam mengambil suatu keputusan, namun ia kurang percaya kepada pembawa berita atau yang meriwayatkan hadis
3. Dalil (hadis) telah sampai kepada orang tersebut, namun ia keliru dalam memahaminya
4. Dalil telah sampai kepadanya tapi sudah dinasakhkan, namun ia tidak mengetahui dalil yang menasakhkannya
5. Hadis (dalil) telah sampai kepadanya, namun ia lupa terhadap dalil tersebut
Dalam Menyikapi perbezaan pendapat ulama, maka sikap kita adalah mengikuti pendapat yang lebih kuat dan sesuai dengan dalil-dalil yang ada, walau berbeza pendapat dengan imam yang kita ikuti.




Asas dan Prinsip Perbezaan Yang Dibenarkan oleh Syariat

1. Bersatu dan berlandaskan nas (Al-Quran dan Sunnah) tanpa menyalahinya.

2. Iltizam dengan apa yang telah disepakati oleh Ummah (ijma’). “Kita saling menguatkan apa yang kita sepakati, dan kita bertolak ansur terhadap urusan yang kita ada perbezaannya”.
Dua nota ini menunjukkan kesepakatan wajib berlaku kepada dasar-dasar am yang berbentuk yakini dalam agama. Ada pun perkara yang dibenarkan untuk diperselisihkan ialah dalam urusan-urusan furui’yah- ranting permasalahan sahaja.

3. Iltizam dengan manhaj umum yang telah dipegang oleh salafus soleh khususnya Khulafa Rasyidin. Sepertimana yang diwasiatkan di akhir hayat Baginda SAW “Sesungguhnya nanti sesiapa yang hidup dari kamu (ummat Muhamad) akan melihat perselisihan yang sangat banyak, maka jauhilah perkara-perkara baru dalam urusan agama, maka sesungguhnya ia adalah sesat. Sesiapa yang bertemu dengan hal itu maka wajiblah atas kalian (ummat Muhammad) berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang diberi hidayah, gigitlah dengan gigi geraham –yakni bertaut kuat dengan sunnah tersebut” (HR Tirmizi, no : 2676 – Tirmizi berkata hadis ini Hasan Sahih)

4. Tidak membawa kepada perkelahian, pergaduhan, perpecahan dan permusuhan. Nabi SAW bersabda: “Telah melata kepada kamu (wahai ummatku) penyakit ummat terdahulu, iaitu hasad dan kebencian, ia adalah pencukur. Aku tidak mengatakan ianya pencukur rambut, tetapi menjadi pencukur kepada agama” (Hadis ini disebut dalam at-Targhib wat Tarhib. Kata Imam al-Munziri: Hadis ini riwayat al-Bazzar dengan sanad yang jayyid, al-Baihaqi dan selainnya)

5. Perbincangan (hiwar) yang baik, beradab dan tenang.

6. Dalam urusan yang tidak datang nas yang jelas, umat Islam harus bersedia membuka pintu untuk menerima pro dan kontra sesuatu pandangan. Menerima kritikan dan perbezaan yang membina.

7. Iltizam dengan Fiqhul Inkar (fiqh perbalahan)
i. Tidak ingkar dalam perkara-perkara ijtihadiah yang berselisih padanya pandangan antara ulama. Mujtahid tidak mengingkar mujtahid yang lain malah menghormati mereka dengan ijtihad mereka. Imam as-Shafie pernah berkata: “Pandangan aku betul, tetapi berkemungkinan salah. Pandangan mereka (selain mazhabku) salah, tetapi berkemungkinan betul”. Hal ini berputar dalam urusan siapa mendapat dua pahala dan siapa pula mendapat satu pahala.
ii. Pengikut mujtahid tidak mengingkar pengikut mujtahid yang lain selama mana mujtahid tersebut dalam mazhab yang muktabar di sisi Ahlul Sunnah wal Jamaah.
iii. Bagi masalah-masalah urusan-urusan yang berhajat kepada pertimbangan para mujtahid, maka orang biasa (yang tidak punya kemampuan) tidak digalakkan menyentuh persoalan yang dianggap mungkar padanya. Kecuali para ulama yang berkemampuan sahaja yang meyakini dan mempunyai hujah yang kukuh bahawa perkara tersebut memang ternyata mungkar tanpa ada khilaf.

Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut (dalam mensyarahkan hadis sesiapa yang melihat kemungkaran), sesungguhnya urusan menyuruh kepada maaruf dan mencegah mungkar ini ialah tugas orang yang alim tentangnya (maaruf dan mungkar tersebut), yang demikian itu dilihat dalam keadaan yang berbeza;
Sekiranya hal tersebut daripada urusan kewajipan-kewajipan yang zahir ataupun perkara-perkara haram yang masyhur (urusan agama yang darurat -tidak dapat tidak diketahui umum) seperti solat, puasa ramadhan, zina dan arak, maka seluruh muslimin dikira orang alim ketika itu.
Andaikata pula perkara yang dianggap mungkar ketika itu ialah penghalusan masalah ucapan atau perbuatan yang mana ia bersangkut dengan ijtihad, maka tidak ada bagi orang awam campurtangan pada hal tersebut. Tiada kewajipan kepada mereka, tetapi menjadi kewajipan para ulama sahaja.

8. Tidak berijtihad kecuali mereka yang betul berkelayakan. Ini bukan menutup pintu ijtihad. Tetapi orang yang mahu selamat tidak akan bercakap tetang agama Allah apa yang tidak baik dan sesuai dengan waqie’. Orang yang tidak ada kelayakan haram berijtihad kerana itu membawa dia berkata sesuatu tentang Allah (agama Allah) apa yang dia tidak tahu. [rujuk surah al-A’raaf, ayat 33]




Beberapa kisah teladan:

*Yusuf al-Qaradhawi dan Hassan al-Banna

Ishom Thalimah menjelaskan dalam bukunya Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi bahawa Yusuf Al-Qaradhawi sangat cintakan Hassan al-Banna. Beliau menguasai dengan mendalam semua penulisan Hassan al-Banna. Beliau menghafaz kata-kata Hassan al-Banna dengan fasih dan lancar. Kecintaan beliau terhadap Hassan al-Banna terserlah apabila beliau merincikan buku Usul Isyrin oleh Hassan al-Banna. Lebih jauh dari itu, Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Hassan al-Banna dalam untaian syair yang indah.
Namun begitu, al-Qaradhawi tidak menyebabkan rasa cintanya kepada Hassan al-Banna menjadikannya tidak memiliki ‘rasa berdikari’ dalam pendapat dan pandangan, atau tidak mampu berbeza dengan yang dicintainya dalam beberapa pandangan.

Contoh perbezaan mereka ialah:
1. Hassan al-Banna menolak berdirinya banyak parti Islam dalam sebuah negara Islam kerana ia mencabik kesatuan.
2. Al-Qaradhawi membolehkan beberapa parti Islam dalam sebuah negara Islam namun dengan syarat-syarat yang beliau rincikan antaranya ialah perlu saling menghormati bukan saling bertelagah.
Al-Qaradhawi membahas pandangan Hassan al-Banna dengan penuh hormat serta menyatakan penghargaan yang besar terhadap pandangan Hassan al-Banna.
Demikian juga dalam isu-isu wanita. Imam Hassan al-Banna begitu keras pendapatnya dalam masalah wanita. Sementara al-Qaradhawi bersikap moderat. Sebab perbezaan keduanya bukan pada masalah hujah atau dalil. Perbezaan yang ada muncul kerana perbezaan zaman di mana kedua-duanya hidup.

Imam Hassan al-Banna hidup di sebuah zaman di mana parti-parti dan kelompok-kelompok telah memecah-belahkan kaum muslimin, bukan menyatukan mereka. Saling menghancur bukan membangun. Pada saat itu, kaum wanita belum terjun ke medan kerja, maka pendapat yang beliau keluarkan adalah sebagai tindakan preventif.
Perbezaan pendapat di antara dua tokoh besar gerakan Islam ini bahkan menjadi satu rahmah. Ia menunjukkan bahawa gerakan ikhwanul muslimin yang dibawa oleh mereka adalah gerakan dinamik dan pembaharu (tajdid) dan bukan gerakan yang berdiri di atas status quo dalam pemikiran dan pendapat-pendapatnya.
Bagi para imam itu, tiada halangan bagi mereka untuk berbeza ijtihad dengan imam mereka sebab imam mereka itu sendiri tidak menutup pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang datang setelahnya. Khususnya jika kondisi, pemikiran dan lingkungan berubah. Mungkin saja jika Hassan al-Banna hidup hingga kini dan melihat apa yang Yusuf al-Qaradhawi lihat, beliau mungkin akan mengubah fatwanya sebab fatwa itu selalu akan berubah sesuai dengan perubahan tempat, waktu dan kondisi.

*Yusuf Al-Qaradhawi dengan Syeikh bin Baz

Anda pernah mendengar seungkap nama ulama Syeikh bin Baz? Atau Nasiruddin al-Bani.
Dalam masyarakat kita, ada yang anti dengan nama-nama ini. Pendapat mereka sering berbeza dengan pendapat yang selalu masyarakat kita terima di sekolah, di pondok atau di IPT.
Pendapat mereka juga dalam isu-isu kontemporari ada kalanya tidak sehaluan dengan pendapat Ketua Majlis Ulama Sedunia, Global Mufti. Mari kita contohi kelembutan akhlak Al-Qaradhawi dengan Syeikh bin Baz ketika mereka berbeza.
Dalam masalah berdamai dengan Israel, mereka tidak sekepala. Namun, jawapan kedua-dua pihak selalu menggambarkan contoh yang sangat indah dalam fikih ikhtilaf (berbeza pendapat) di antara para ulama.
Kebanyakan ungkapan Syeikh al-Qaradhawi adalah pujian kepada Syeikh bin Baz. Antaranya,
“Syeikh Abdul Aziz bin Baz adalah salah seorang ulama besar kaum muslimin pada zaman ini. Fatwa-fatwanya boleh diterima di lingkungan umum dan para aktivis Muslim. Beliau adalah sosok ulama yang keilmuannya tidak diragukan lagi. Demikianlah beliau dalam pandangan kami.”
Apabila beliau ingin menegur suatu fatwa yang dirasakan kurang sesuai, beliau akan berkata,
“Marilah kita semua melihat dalil pertama yang dikatakan oleh Allamah.” Kemudian, beliau menutup perkataannya dengan berkata,
“Demikian, sesungguhnya perbezaan pendapat saya dengan Yang Mulia Syeikh Abdul Aziz bin Baz sama sekali tidak menafikan rasa hormat saya yang dalam kepadanya. Saya berharap dengan harapan yang tulus untuk membaca dengan teliti dalil-dalil yang saya jadikan dasar. Semoga beliau menarik pendapatnya. Sebab sepanjang yang saya tahu, beliau adalah orang yang dengan mudah dapat kembali kepada kebenaran.”



Muhasabah 10 Pendapat Kita

Sebagai remaja atau orang muda, mari sama-sama muhasabah 10 pendapat kita dengan orang sekeliling kita dalam pelbagai isu. Ia menghampiri perpecahan atau penyatuan?
Mari muhasabah lagi 10 komen kita di facebook, twitter, blog, atau e-mail, ia mengajak bertelagah atau merapatkan saf? Ia berlandaskan fakta atau auta? Kita banyak berhikmah atau beremosi? Kita banyak melabel atau memahami?
Bukan hanya orang muda, orang dewasa juga perlu bermuhasabah. Sebagai orang dewasa, bagaimana 10 sikap terakhir kalian melayani buakan semangat orang muda? Mendidik atau menghukum? Menjelaskan atau melabel dalam diam? Mengapi-apikan atau memberi contoh tauladan?

Yunus As-Sodafi berkata: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih matang akalnya berbanding As-Syafie. Aku pernah berdebat dengannya pada suatu hari dalam satu masalah. Kemudian kami berpisah. Dan tatkala dia bertemu aku selepas itu, dia memegang tanganku lalu dia berkata: wahai Abu Musa, bukankah kita masih terus sebagai saudara walaupun kita tidak sepakat dalam masalah dulu?”
(Siarul A’lam an-Nubala)

Bila Kita Berbeza…
Subhanallah! Para ulama menunjukkan akhlak yang cukup tinggi ketika mereka berbeza. Kita pula bagaimana?
Bila kita berbeza, adakah kita terhalang daripada memujinya?
Bila kita berbeza, adakah kita menolak segala kebaikannya?
Bila kita berbeza, adakah kita asyik mengutuk kelemahannya?
Bila kita berbeza, adakah kita tetap cinta?

Penutup

Akhirnya ingin dirumuskan bahawa;

1. Khilaf hanya berlaku dalam perkara-perkara furu’iyah (cabang) yang tidak bercanggahan dengan nas Qotieyyatis Thubut (yang tetap sahih kesabitannya- tidak boleh pertikai) dan Qothieyyatid dilalah (yang putus- tetap dan sahih tunjukan dan kehendaknya).
2. Perselisihan itu dibenarkan, tetapi adab dan persaudaraan itu adalah kewajiban.
3. Haram berkompromi dengan sesuatu yang jelas menyalahi nas syariat (Al-Quran dan Hadis).
4. Tidak menghukum orang yang berbeza pandangan dari apa yang kita pegangi dengan label-label tidak berakhlak. Pegangan kita boleh jadi betul dan boleh jadi salah, begitu juga dengan pandangan mereka.
5. Nabi SAW pernah bersabda; “Sesiapa yang mendakwa seseorang lain sebagai kafir atau dia berkata; Musuh Allah, sedangkan lelaki itu tidak demikian, maka akan kembalilah apa yang diungkapnya tadi kepada dirinya sendiri” (HR Muslim No:61)
6. Ingatlah amaran Nabi SAW: “Jauhilah kalian dari buruk perhubungan (permusuhan dan kebencian), sesungguhnya ia adalah pencukur (agama). (HR Tirmizi, No: 2508. Beliau berkata: Hadis ini Sahih lagi Gharib)
7. Memahami banyak mazhab membuka ruang untuk kita lebih sesuai hidup dalam kepelbagaian keadaan dan suasana. Ketaksuban dengan cuma satu-satu pandangan menyempitkan kehidupan yang Allah luaskan.
8. Jangan membekukan minda dengan pendapat sendiri sahaja, bukalah ruang melihat dan menilai hujah-hujah pandangan yang berbeza itu.
9. Menghormati ulama-ulama ahlus sunnah yang lain dengan ijtihad mereka. Dan bersangka baiklah dengan ilmu dan amanah ilmu mereka walaupun kita tidak sependapat dengan mereka.
10. Bagi seseorang yang mampu untuk membuat pertimbangan antara hujah dan
pandangan ulama, maka dia digalakkan membuat tarjih (memilih pandangan yang kuat berdasarkan hujah dan perbahasan) kerana memilh pandangan yang lebih dekat kepada kefahaman dan nas itu adalah amanah ilmu dan amanah kepada diri sendiri. Berkata Imam Qurthubi dalam tafsirnya: “Orang yang berbincang harus melihat kepada semua perbezaan pandangan yang wujud, dan dia melihat dan mengkaji apa yang lebih hampir dengan nas kitab dan sunnah sekiranya dia mampu. Apabila dia telah diberi pertunjuk oleh Allah kepada sesuatu yang telah Dia kehendaki, maka ketika itu berazamlah dengan pilihan tersebut lalu dilaksankanlah apa yang dipilih itu dengan tawakkal kepada Allah” [al-Jamie lilahkamil Quran, lil Qurthubi]
11. Ingatlah bahawa agama ini adalah agama Allah, dan ummat ini ialah ummat Islam, Nabinya satu iaitu Muhammad SAW, dan setiap kalam pada agama ini menjadi tanggungjawab dan amanah yang digantung di setiap pembicaranya. Maka berhati-hatilah. dan dengarlah semua kalam yang diucapkan oleh ummat ini.
Jika setiap pembicara bebas berbicara apa yang dia fikirkan, maka ingatlah bahawa kebebasan itu bukannya mutlak. Kita akan dipersoalkan nanti tentang kesahihan kalam itu dan turut dipertanggungjawabkan terhadap kesan yang ditinggalkan dari setiap pandangan yang dikeluarkan. WaAllahu’alam bissawab.

Rujukan:
Al-Ikhtilaf- Ususuhu wa adabuhu : Syeikh Ismail Majzub
Fiqhus Sirah : Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouti
Fiqhus Sirah : Dr. Muwaffaq Salim Nuri


Friday, August 9, 2013

FEQAH WANITA [Tempoh Haid dan Permasalahannya]


Perkara yang selalu dilepas pandang oleh kaum hawa adalah berkenaan tempoh haid dan tempoh suci daripada haid. Sekadar makluman, membuat catitan atau jadual tempoh kedatangan haid terlalu penting supaya ibadah sebelum dan selepasnya diterima Allah sebagai amal ibadah.

Tempoh kebiasaan kedatangan haid adalah 6 hingga 7 hari. Manakala, disisi Mazhab Syafie had paling minimum adalah sehari semalam, dan had paling maksimum adalah 15 hari. Hal yang terlebih penting adalah ketika darah haid berhenti pada waktu pertengahan hari biasa. Sebagai contoh, apabila seorang wanita mempunyai tempoh haid biasa sekitar 6 hingga 7 hari, tetapi pada bulan ketiga untuk tahun itu darah haidnya berhenti pada hari kelima atau keempat. Di sini terdapat beberapa pembahagian yang digariskan ulama berkenaan fatrah ini :

Dua pendapat Mazhab Syafie adalah:

Pendapat pertama: Ia sebagai tempoh haid
Pendapat kedua: Ia sebagai tempoh suci

Pendapat rojih (lebih tepat dan diambil) adalah pendapat pertama iaitu ia sebagai tempoh haid dengan diletakkan beberapa syarat:
1- Naqo’ dan tempoh haid seterusnya tidak lebih 15 hari
2- Tempohnya mesti lebih 24 jam

Manakala, mazhab selain Mazhab Syafie mengambil pendapat suci.


Istilah arab:
*Naqo’ (نقاء) : Tiada kesan putih.
Fatrah (فترة) : Darah haid berhenti mengalir tetapi masih meninggalkan kesan.

-Petikan kelas Fiqh Wanita oleh kak su.
-Sebarang kemusykilan yang termampu untuk dibantu boleh PM.

InshaAllah kheir, waAllahutaala’alam. :)

Sunday, January 27, 2013

BEZA DARAH HAID & ISTIHADAH





Warna darah HAID ketika tempohnya menurut mazhab Syafie :

1- الكدرة (kekeruhan)
2- الشقرة (Kecoklatan)
3- الصفرة (Kekuningan )
4- الحمرة Kemerahan
5- السواد Hitam (merah gelap)

Manakala, darah ISTIHADAH adalah merah cair. Tempoh haid menurut Imam Syafie adalah 1-15 hari, dan tempoh suci adalah hari ke 16-30. Istihadah adalah darah selepas tempoh haid. Kemudian, tanda berhentinya dari haid ada dua yakni, warna putih atau tiada apa-apa yg keluar. Adalah penting bg perempuan utk mengenali sifat-sifat ini supaya ibadat menjadi sempurna. WaAllahu’alam.

Friday, January 18, 2013

PUISI BUATku & BUATmu..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..

*Untuk para wanita yang masih single diluar sana ,tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki kerana Dia tak nak kita ternoda jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya. In Sha Allah, ada kebahagiaan buat kita.


cc: iluvsIslam <3


Wednesday, January 16, 2013

Mengorak Langkah Kembali..

Assalamualaikum wbt..kalian yg sudi melawat,hehe.. Alhamdulillah, selamat juga buka kembali blog kesayangan ini.. Sudah berkurun nampaknya dibiarkan, hampir setahun lebih mungkin.. apa pun ana cuba membuka kembali secara istiqomah..ameen. Setelah lama tidak berkongsi, kini ana berada di bumi anbiya' sambung belajar peringkat ijazah, alhamdulillah.. Sebagai pelajar di jurusan fiqh dan usul di Universiti Yarmouk Jordan, ana akan cuba untuk menjadi penyumbang buat ummah suatu hari nanti, insyaAllah.. Mohon doakan.. Berada di bumi anbiya' membuatkan ana leka dengan panorama dunia, saban waktu terpatri kemanisan yang membuai kehidupan.. subhanallah!! Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMU ini.. Untuk pengetahuan, waktu Jordan lewat lima jam dari waktu tanah airku Malaysia.. Ketika ini adalah waktu malam, dan Malaysia pun sudah menjengah lewat pagi. Jadi, ana ditemani radio Ikim.fm sebagai mengubat rindu orang di Malaysia sambil menaip bait-bait yg terpahat dihati. Sekadar ini perkongsian dari ana, mg kekuatan dan kemampuan ketika membuka blog ini kembali menjadi semangat jua buat antum yg telah meniggalkan sesuatu yg berharga atau perlu dikejar. Kita adalah apa yg kita fikirkan. Yakin! (:

Friday, October 21, 2011

rEMAja oh ciNta 2 !!

“Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK
dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh
dipermainkan.



-Monolog Asiah Yusra-”
― Fatimah Syarha Mohd Noordin, Tautan Hati

rEMAja oh ciNta!!


“Sering ku terdengar,
Usikan nakal,
si lelaki pada wanita,
FEUWIT, CUNNYA!
buatku keliru sendiri,
apakah ertinya kecantikan wanita,
di mata lelaki?
Adakah pada susuk tubuh yang
menggiurkan?
Atau pada akhlak yang menawan?
Biar apa pun jawapannya,
Aku tetap aku,
Apa yang ku tahu,
Aku seorang wanita,
Fitrahku sukakan diri cantik jelita,
Namun bukan kecantikan di mata manusia,
Sebaliknya,
Ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan.


-Monolog Layyinul Harir-”
― Fatimah Syarha Mohd Noordin, Tautan Hati

Wednesday, August 24, 2011

KESEMPATAN RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI..

Antara kelebihan Ramadhan ialah :
Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi Ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan Ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan Ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedekah dan sebagainya.
Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pun setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.Betapa ruginya kita andai dapat hidup dibulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosa yang kita lakukan.
Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi akal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.
Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.
Dengan sambutan Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan pada bulan-bulan seterusnya. Oleh itu wahai jemaah sekalian, sambutlah aidilfitri di bulan Syawal nanti dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan Syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan Ramadhan.
*Kepada yang berusaha pergi bertarawih di surau pada bulan Ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.
*Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan Ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.
*Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan Ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.
*Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan Ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadar di bulan ramadhan.
*Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan Ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.
*Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan Ramadhan, jadikan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.
*Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawih di surau pada bulan Ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-bulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.
Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah Ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.
Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke Ramadhan seterusnya lagi. Amin, Ya Rabbal- Alamin..Hadith Rasulullah SAW:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-

Wednesday, July 20, 2011

TAHSIN SOLAT

ALHAMDULILLAH..walaupun fmily jauh dmata~diriku tetap tabah mghadapi liku2 hidup dkampus..sebenarnya da bese duk jauh ngn family,dr kecik g duk asrma tp dsebbkn anak emak ngn ayah yer pasal......agak teringt jgk lar,hihi..
bukan tujuan sbenar nk citer sal diri sndri tp nk bkgsi pd y sudi mbace tulisan tgn y tdklh sberapa ini..dlm sempat xsempt,sempat jgk ana mgikuti slot ''TAHSIN SOLAT'' bimakna,memperbaiki solat..tp buknlh sbg peserta tp sbg pmbntu my loving ustaz Faizol..walau xbyk myumbang ilmu,tp adele dr xde~trase jgk kurg sgt ilmu ni lau nk keluar dlm msyarakat nanti..tmbah2 mbek syariah,msti hukum-hakam xlari da kene kuasai insyaAllah..mudah-mudahhn dkuatkan djalan Allah ini,amin..
Melalui slot y kmi isi slama xsmpe stengah hari,pgisian dr prktikal&teori memg pentg dkombinekn..di usia remaja nilah,ruang dan peluang u kte mbaiki cara solat kte trutama solat 5 waktu..tp jrg skli org nk mpertikaikn y wajib bbnding y sunat..sdgkn wajib itulah y aula ddahulukn..ingatlh,apa y kte blaja n bese buat xsemestinya betul,jd perlu update ilmu snantiase..waAllahu'alam..cume bdasarkn slot y ust kgsikn,kmi sdikit sbanyak dpt mgkoreksi diri dsmping mcari pglaman sbelum bhadapan dgn msyarakat diluar sane..doa y sering kupanjatkn..'' yA Allah masukkanlah aku dlm klgn Pemangkin Islam di akhir zaman...amin yA Rabbal'alamin..^^

Monday, June 20, 2011

..ANGGUN PESONA AURAT TERPELIHARA ..

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.
Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur: 31]
Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.
Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?
Dimana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
01.Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, syurga terbentang sedia, masih neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.
Wallahu'alam.
- Artikel iluvislam.com

Friday, June 17, 2011

luahan hatiku..



ehem2..sebenarnya,ana da lame nk tulis tntg tjuk ni..tp tatau nk kate ap..HATI SEORANG PEMIMPIN..aku adalah pemimpin,kita adalah pemimpin pd diri kita sendiri bukan??jadilah pemimpin y baik buat diri sendiri..kelak soalan dan phitungan dihadapan Allah kita y akan mjawabnya..terasa skema pulok dlm pnulisan ni,hehe..sedikit pesanan buat pemimpin skalian dan orang yang dibawah kepimpinan..jadilh pemimpin y baik dan taatlah pada pemimpin kamu slg mereka xbercggah dgn syriatNya..ingat!bukan senang nak memimpin tp perlu memimpin andai kita mampu u memimpin..dan........tggungjawab kita dlm menegakkan agama Allah y mulia.
buat rakan-rakan seprjuangan,jadilah diri kita sendiri y sentiasa patuh pdNya..jgn langsung tidak mghormati pemimpin dklangan kita dek kerana darah muda sbg remaja..buat brisan kepimpinan mana2 organisasi,jadilah spt padi...semakin tunduk semakin berisi,waAllahu'alam...
ikhlas dariku..

Tuesday, May 10, 2011

Kurang kefaqihan bukan alasan untuk tidak menyampaikan...

Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak pandai nak mengajak orang lain ke jalan Allah kerana pengetahuanku sangat sedikit.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu?
Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu.Barangsiapa berdusta dengan mengatasnamakanku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Umar)

Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapat ilmu dari khutbah Jum’at, sampaikanlah pula kepada orang lain.Jika menghadiri pengajian majlis taklim,ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut kepada rakan,sanak saudara.
Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, “Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.” Orang muda mungkin berkata seperti ini, “Aku masih banyak dosa yang menghalangiku untuk mendakwahi teman-temanku.”

Sekali lagi jangan jadikan dosa anda sebagai penghalang untuk berdakwah. Allah SWT berfirman, “Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri ~kewajibanmu sendiri~. ( Al Baqarah : 44) Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Tetapi bila waktunya berdakwah menjadi haram??? Cam pelik je kan... Iaitu ketika anda menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya.Contoh laa, seseorang belum boleh menundukkan pandangannya (ghaddul bashar) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Adakah harus melarangnya atau tak? Mesti melarangnya bukan?.Katakan kepada orang itu,“Hai hamba Allah,tundukkan pandanganmu”,dan katakan kepada diri anda sendiri,“Ya Allah,saksikanlah,mulai detik ini aku akan menjaga pandanganku”

Berdakwah sebenarnya membantu anda dalam memperbaiki diri anda sendiri.Kitalah yang pertama tama mengambil manfaat darinya.Jadi, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali terbaharui.
Imam Ibnu Taimiyah berkata, “jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu mempunyai kepada dua pilihan.Boleh jadi suatu hari nanti dia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahwa dengan berkata macam itu,sesungguhnya dia telah atau dia akan menemui ajalnya sementara imannya belum cukup sempurna.
Bagaimana menyelesaikannya? Berdakwahlah dengan keimanan anda yang seadanya. Menyebarkan Islam adalah tanggungjawab kita semua. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar Ra’d: 11)

Islam tidak akan tertegak dengan pedang, senjata dan perang. Tertegaknya Islam dengan apa yang telah Rasulullah SAW ajarkan dan kita semua maklum apa yang dating dari Rasulullah adalah manhaj tarbiyah.Beliau dulu seorang diri di bumi kemudian mencari pendamping. Mulailah Rasulullah SAW mendakwahi Abu Bakar ra.Mereka berdua mempunyai ikatan kuat di tengah-tengah msayarakat kafir ketika itu.Kalau anda??? ana tinggalkan persoalan itu untuk anda berfikir sendiri...

Abu Bakar masuk Islam dan berhasil mengislamkan 7 orang lainnya. Dari 7 orang bertambah jadi 70 orang. Enam orang penduduk Madinah dating kepada Rasulullah SAW, mereka berjanji, “Tahun depan kami akan kembali.” Mereka pun kembali tahun berikutnya sebanyak 12 orang. Satu tahun setelah itu jumlah mereka mencapai 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Nabi SAW menyuruh mereka kembali,” Pulanglah dan aku akan menemui kalian tahun depan.” Pada tahun yang dijanjikan itu, Nabi berhijrah dan tak satu rumah pun yang terlepas kecuali seluruh penghuninya telah memeluk Islam.

Masalahannya mudah dan sederhana. Ajak orang disamping anda dengan keimanan anda dengan seadanya.
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih (diantara kamu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.” (An Nur: 55)

Di sini ada beberapa tips utk anda bgaimana nk menyentuh hati seseorang agar mudah bg kita berdamping dengannya..-ana ambil dr hadith >> Diriwayatkan Imam Muslim dr Rasulullah “ Hak seorang muslim terhadap muslim yg lain ada 6:jka bertemu maka beri salam,jka tidak dengar khabar berita,mka selidiklah,jka sakit,mka ziarahlah,jka mengundang,mka pnuhilah ,jka bersin,mka ucapkan ‘Yarhamukallah’ dan jka meninngal dunia,mka hantarkanlah waAllahu’alam.

Thursday, April 28, 2011

Susahkah menjadi wanita Islam?



Dikala cuti menjelma ini tangan pon mulalah mencari bahan bacaan yang boleh diisi dikala kekosongan minda ini.Tekan punya tekan ada satu artikel yang rasa best la kalu dikongsikan bersama pembaca semua.Bukan mudah nak jumpa.


Betullah apa yang dikongsikan ukhti Rahmah.Nak tahu apa yang dikongsikan??BAcalah di bawah ini.

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^

Thursday, April 14, 2011

..sEpuluh jEnis seksaan yang menimpa Wanita..




Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored: dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

Thursday, April 7, 2011


ASSALAMUALAIKUM..Terlalu awal sebenarnya untuk mgucapkn kata2 diatas,tp apekn daye untuk mgingatkn diri y sering alpa n leka ngn ksibukan dunia.Sbgai peringat buat diri ini trutamanya,penting mane pun peperiksaan dimata kita,penting lg hisab Allah pd stiap amalan kite diakhirat kelak.Langkah bwaspada koreksi diri kita stiap mase..amik dunia untuk bekal akhirat,inshaAllah..amen

Sunday, April 3, 2011

:: CINTA BUTA ATAU LAMARAN ISLAMIK ::

"Nia, saya berkawan dengan dia kerana Allah. saya tau, saya tak layak nak dapat jodoh yang alim- alim ni. jadi, biarlah saya yang didik dia supaya dia berubah."


"Kenapa pula tak layak? Saya ni layak ke? Saya pun tak tau siapa jodoh saya, jadi selagi kita belum bertemu jodoh, kita masih boleh meletak harapan nak dapat suami yg soleh. kita sendiri kena jadi soleh dulu, insyaAllah impian nak dapat yg soleh pun pasti datang."


Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]



Kalau setakat satu dua kekurangan, kelemahan tu biasalah, tiada seorang pun yang sempurna. tapi, janganlah awal- awal dah menghukum diri mengatakan tidak layak, lalu ambil jalan lain konon sama- sama membimbing tapi adakah niat menghalalkan cara?


SMS..SMS..CALLING-CALLING


Usah tertipu dengan bisik syaitan. "Ala...niat saya nak ajak dia berubah ke arah yang lebih baik." (hai...takde ke kawan sekaum dia yang ajak buat benda- benda baik ni? ada...cuma takde 'feel' lah...). Inilah jiwa orang muda.


Ya, memang tak berpegangan tangan, tak bersentuhan TAPI bukankah hati- hati itu telah bersentuhan yang membuatkan kita asyik terkenangkan dia. ZINA HATI. walaupun tak jumpa, kata- kata sayang sedikit sebanyak mencairkan hati kamu. Tipu kalau kata tak cair. saya juga manusia.


PERSOALAN SAYA


"Confirm ke dia jodoh kamu? asyik ke hulu ke hilir, layan sebegitu rupa, pasti ke dia suami atau isteri kamu kelak?"


Kalau bukan.......kesian suami kamu nanti. Kesian juga kat kamu, membazir masa, duit je selama ni. Berbaloi ke? Saya kesiankan kamu, kamu tak kesiankan diri kamu ke...maafkan saya ye :(


PERSOALAN MEREKA UNTUK SAYA?

"Kalau tak cari, macam mana nak dapat jodoh? sms tak boleh, macam mana nak kenal!"


Wahai sahabat, Islam itu mudah bukannya memudahkan Islam. Islam dah gariskan panduan yg betul untuk kita memilih jodoh, dalam Al-Quran dah bagi jawapan. Firman Allah dlm Surah Al- Anbiya' ayat 45 yang bermaksud:


Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya aku hanya memberimu peringatan sesuai dengan wahyu." Tetapi orang tuli tidak mendengar seruan apabila mereka diberi peringatan"


Mahukah kita menjadi orang yg tuli itu?


"Eh kau takde boyfriend ke? Promote la diri tu sikit, kalau tak camne orang nak kenal. buka facebook, kau letak la gambar, nanti ada la orang yang masuk berkenalan.hehe."


Owh tidak! Bukan itu Islam ajarkan. Redha lah kalau bukan jodoh di dunia, insyaAllah di akhirat. Usahlah terlalu risau jika belum bertemu jodoh, maybe Allah mahu kita perbaiki dan muhasabah diri lagi. TAPI risaulah kalau amal kita tak cukup untuk menjadi bekal kat akhirat kelak.


DOA & DOA


Andai kita masih belum tersedar, setiap kali selepas solat minta Allah beri petunjuk & hidayah. Suatu hari kita pasti disedarkan bahawa ayat- ayat Allah itu benar. Mohonlah selalu. Ingatlah, cinta itu akan jadi berharga bila kita berikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi bila harganya ditinggikan. wallahu'alam.



~ "Dia disisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini..."


PETIKAN:iluvislam.com

Friday, December 17, 2010

Sahabat kita..

Selalunya bila bersahabat..kadangkala kita akan rasa yang kawan kita itu tak menghargai kita..mulalah rasa sakit hatilah,rasa nak putus kawanlah,marah,sedih,macam-macamlah..
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah..tapi kita jarang guna otak kita..cuba fikir sehabis baik,kenapa kawan kita buat kita macam itu? Kenapa kita tak dihargai padahal dah banyak kita buat untuk kawan kita..salah siapa sebenarnya?kita ke?..bukan kawan kita ke yang salah? Kan dia yang tak menghargai kita?fikir!!! fikir!!!...salah siapa haa….?!!
Sebenarnya..sebab kawan kita atau sesiapa je yang tak hargai dan sayang kat kita adalah berpunca daripada diri kita sendiri yang tak menghargai ’someone’ yang selalu ada time kita susah atau senang..kita selalu lupa kat ‘Dia’..kita seronok luangkan masa dengan orang lain padahal ‘Dia’ dah banyak berkorban untuk kita..bila ‘Dia’ nak jumpa kita,kita lari..kita tunjuk kita tak suka..kita jumpa ‘Dia’ lambat-lambat..jumpa sekejap giler..
Siapa ‘Dia’ ni? ‘Dia’ adalah sahabat setia kita! Tapi kita jarang hargai ‘Dia’..macam mana kita nak kawan kita hargai kita padahal kita bukan main susah lagi nak hargai ‘Dia’..
Sebenarnya..ALLAH TA’ALA adalah ‘Dia’ dalam cerita ini…!!!

Tuesday, December 7, 2010

HIiidayah........!!dimana kamu...??

Assalamualaikum wbt kpd sume yg sudi mluangkn mase mbaca..

Bila tgok pd tajuk entri kali ini nmpak macam cerpenkan..tp,siapalh ana ni nak mgarang cerpen hatta pendek skalipon.Setakat karangan 120pp bole kot,hee..
Sebelum keyboard terlanjur mlangkah,izinkan ana bkongsi sedikit ilmu yg masih kurang dihadapanNya.suka untuk ana coretkn bkaitan ''HIDAYAH''.
Sebut pasal hidayah,teringat kawan skolah lme..(tp tu juz nme dy).
Tp bkn itu yg ingin dketengahkan.Hidayah yg kte sedia maklum adalah drpd Allah.Ia tbahagi kpd dua iaitu:
1] Hidayah Irsyad
2] Hidayah Taufiq
Hidayah irsyad adalah hidayah yg kte sndiri cari seperti mbeli buku2 agm untuk mnambah ilmu,hadir ke kuliah ilmu,suke mdampingi org2 soleh dan sebagainya.Hidayah taufiq pula adalah drpd Allah.Ia dapat kte lihat apabila seseorang hamba Allah itu begitu istiqomah dan ikhlas dgn amal ibdah yg dlakuknnya.Sifat istiqomah dan ikhlas inilah yg diilhamkan Allah kpd hambaNya dan inilah dinamakan hidayah taufiq.
ana petik lagu nasyid sekolah dulu..(ehem2)

hidayah Allah adakah terasa??
kalau masih belum carilah segera..
dimana-mana ia pasti ada
cuma diri kita yg menentunya.

Menerusi bait-bait lagu ni jelas menunjukkn hidayah itu sememgnya milik Allah dan jalan kearahnya adalah bgantung kpd diri seseorg jg.Dikesempatan hijrah yg masih ada lagi ini marilah kita sama-sama koreksi diri dan berubah kearah jalan yg lebih diredhoi olehNya,inshaAllah..ameen.waAllahu'alam..

practise make perfect!!

Thursday, December 2, 2010

Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji??

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :
[33,22.jpg]

Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.waAllahu’alam..